Close

PKNS Sedia Penginapan Percuma kepada Petugas Frontliners

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan DPMS bersama wakil anggota ATM
xZxZxZ

PKNS melalui DPMS Sedia Penginapan Percuma Kepada Petugas Frontliners

COVID-19: PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS) MENYEDIAKAN PENGINAPAN PERCUMA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN (FRONTLINERS)

Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah bersetuju untuk menyediakan penginapan percuma kepada para petugas barisan hadapan (frontliners) yang terlibat secara langsung dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di Negeri Selangor.

Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). PKNS melalui anak syarikatnya De Palma Management Services Sdn Bhd (DPMS) akan menyediakan sebanyak 204 bilik di Hotel De Palma Ampang manakala Hotel De Palma Shah Alam akan menyediakan sejumlah 83 bilik bagi memenuhi keperluan ini. Penawaran ini akan diperluas kepada kelompok lain yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa ke semasa.

Anggota-anggota ATM dan PDRM yang terlibat telah mula mendaftar masuk ke hotel-hotel yang ditetapkan bermula Ahad, 29 Mac 2020 dan akan menginap sehingga arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditarik balik oleh pihak Kerajaan Persekutuan.

Pihak DPMS amat berbesar hati menerima kedatangan para petugas frontliners ini dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang tempoh penginapan mereka di sini. Kami juga mendoakan agar semua anggota diberikan kekuatan dalam menjalankan tugas sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP di negeri Selangor khususnya dan seluruh Malaysia amnya.

Berita lanjut di: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/29/selangor-to-provide-free-hotel-stay-at-de-palma-hotels-for-medical-frontlin/1851393